… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Media yang “Smart”

satu perkara yang berjaya melukis senyuman di muka aku di awal pagi takala berebut2 mendaki lrt untuk ke tempat kerja ialah laporan dari utusan malaysia berbunyi Laluan air terowong SMART beroperasi hujung Jun. seperti mana telah diketahui umum oleh semua manusia yang hidup di atas muka bumi kuala lumpur ni, kawasan yang dilaporkan dalam utusan malaysia tadi memang sangat pantang dengan air. tabulih hujan sikit, pasti akan melimpah ruah sehingga ke tangga rumah. inilah yang telah berlaku, dan sedang berlaku sehingga laporan dikeluarkan semalam.

aku tersenyum sebab media massa spinkan laporan banjir kepada pengiklanan terowong smart yang sepatutnya sudah berfungsi untuk menyalurkan banjir dan limpahan air di kuala lumpur bagi mengelakkan banjir. aku, dan ramai lagi orang yang hidup di kl ni, mati2 dah ingat yang terowong tu dah pun beroperasi. rupa2nya, mengikut laporan utusan, ianya hanya beroperasi untuk kereta moto saja. sesalur laluan air, yang mana merupakan objektif utama pembinaan smart, masih belum siap sepenuhnya!

kerajaan sudah habih beratus juta ringgit untuk membina terowong ini, tetapi yang siap dahulu ialah plaza tol dan smart tag untuk mengutip cukai laluan pengguna! sedangkan penduduk di sekitarnya masih lagi bergelumang dengan air selut dan tanah yang terpaksa diranduk setiap kali hujan. membuatkan aku terpikir, siapa yang smart di sini?

“Berikutan banjir kilat semalam, sebanyak 180 daripada 60 keluarga penduduk Kampung Sri Indah di sekitar Jalan Sungai Besi terpaksa dipindahkan.”, lapor utusan malaysia.

ironinya pada perenggan sebelum petikan di atas, utusan malaysia memetik kata Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Keizrul Abdullah “Laluan air itu dibina untuk mengatasi banjir kilat yang sering mengganggu pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan mengalirkan lebihan isipadu air dari Sungai Klang dan Sungai Ampang,”.

dan dengan hujan yang mencurah2 semalam, nyata sekali smart tidak berfungsi seperti mana yang dicadangkan.

adakah dengan pengakuan keizrul mengatakan bahawa sistem air smart masih belum siap sepenuhnya terus dapat menutup kelemahan terowong ini? kalau ia tidak siap sepenuhnya, kenapa digahkan serata alam bahawa projek ini siap awal daripada yang dijangkakan? yang dijaja rata hala ialah kebijaksanaan smart dalam menangani banjir kilat di kl, tetapi yang terpapar di dada akhbar ialah puji pujian kepada projek smart KALAU dia dah siap, sedang 180 orang manusia terpaksa sekali lagi berpindah randah bagi mengelakkan banjir yang terus2an memusnahkan hidup mereka.

media massa, terutama utusan malaysia, nampaknya bekerja bersungguh2 untuk menyembunyikan sesuatu. laporannya seolah2 cuba mengalih pandangan sesuatu yang tak kena berlaku pada sistem aliran air smart, dan menumpukan kepada betapa bijaknya JIKA sistem aliran airnya beroperasi.

kerajaan nampaknya sekali lagi terselamat hasil daripada spin media kali ini.

dan rakyat akan terus2an bercakap mengenai harga tol yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan bagi mereka yang ingin melalui terowong smart apabila dibuka sepenuhnya nanti.

sedang 60 keluarga tadi terus mengharap agar nasib sekampung juga se”smart” terowong yang dibina oleh kerajaan menggunakan duit yang diperah dari mereka…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

2 Responses to “Media yang “Smart””

  1. sila layari link berita berkaitan di blog http://chegubard.blogspot.com

    selagi lidah kelu, mulut bisu, tangan kaku, mata buta….kuasa rakyat tidak bermakna..

  2. liza says:

    betul sangat apa yg diperkatakan…. samalah kes nya dengan tsunami di Penang… buat collection berjuta tapi yg dia orng masih kat rumah panjang…. yg kat KL tu tempias tsunami juga… sedar dgn tidak je

Powered by the people for the people