… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Yang Berhormat atau Yang Bangang?

Pilihanraya dah nak dekat. Aku rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk kita semua pakat2 dok pikiaq siapakah calon yang paling sesuai untuk mewakili kita, rakyat terbanyak, di parlimen nanti. Tapayah pikiaq banyak sangat pasai wakil negeri. Kita sekarang kena pikiaq wakil parlimen. Sebab parlimen selalu keluaq tv.

Kali ni kita kena lebih kreatif lagi. Dari dulu sampai la ni, kita dapati meletakkan orang2 yang boleh dipercayai, bersih dari jenayah dan rasuah, disukai ramai, tidak mempunyai musuh, dan berbudi pekerti mulia nampaknya kurang berkesan dalam menyelesaikan masalah2 seharian kita. Kos hidup meningkat dengan kenaikan pelbagai barangan keperluan. Tu tak termasuk lagi pelbagai cukai yang perlu dibayar oleh rakyat2 bawahan macam kita ni. Cukai pintu, cukai tanah, cukai kumbahan, cukai pendapatan, cukai sampah, dan seribu satu macam cukai yang menjerut kita yang kais pagi makan petang, kais petang, simpan untuk esok pagi.

Oleh itu, kali ni kita kena pilih wakil rakyat kita yang terdiri daripada orang2 rasuah, kaki2 betina, moral yang amat teruk, mempunyai musuh yang ramai, dan kesemua mereka, kalau boleh, mempunyai tahap IQ yang setanding dengan tudung botol.

Pasaipa? Mudah. Depa ni, YB2 yang mempunyai masalah, dan jugak yang bangang2 inilah yang membuka mata rakyat, antaranya, untuk mencucuk yb2 mereka agar dapat bertindak terhadap yb2 yang lain. Dan kita tak perlukan yb2 yang ada kelulusan tinggi2 untuk melatah, cukup dengan menyajikan kepada mereka beberapa kelemahan musuh2 mereka yang lain dalam kabinet, insyaAllah, pukul 8.00 malam ni, tunggu dan tengok saja dalam TV3. “Menteri kerjaraya bangang, kata menteri pendidikan”. “Menteri pendidikan lebih bangang, kata menteri yang bangang tadi”, dan sebagainya dapat kita tonton setiap malam.

Atau mendengar menteri yang lain bercakap tentang rasuah sedangkan kertas siasatan rasuah terhadapnya dah sampai kena bukak kabinet fail baru.

Atau mendengar celoteh andartu tentang pentingnya kerukunan keluarga dan kekuatan ibubapa dalam mendidik anak2 demi untuk menjayakan sebuah masyarakat yang harmoni.

Atau mendengar nasihat agama daripada ustazah yang bajunya berkelip kelap, dan gincunya berkilat kilau tentang peri pentingnya wanita menjaga aurat.

Atau melihat YB yang ingin menyiasat CTOS yang dikatakan “merompak rakyat di siang hari selama bertahun2” dan disokong oleh satu pertiga daripada YB2 lain yang mempunyai rekod di dalamnya.

Atau melihat parti yang mewakili melayu, yang sekarang ini memegang tampok pemerintahan atas perjuangan mereka mempertahankan hak2 orang melayu tanpa kompromi, sibuk menjual tanah berekar2 kepada bangsa lain di selatan tanah melayu ini.

Atau melihat sendiri ketua kerajaan hadhari yang bersama isteri barunya yang segak dengan rambut mengulit mayang mencecah bahu, dan anaknya yang aktif dalam Sisters In Islam, tentang betapa beliau ingin menyemai semangat Islam yang sebenar melalui konsep Hadharinya.

Dan itu yang kita dapat lihat sekarang. Bayangkan kalau lebih banyak YB2 yang kita pilih selepas ini, yang lebih bangang daripada apa yang ada sekarang ini. Bayangkan kalau setiap malam mereka keluar tv, dan membicarakan perkara2 lawak seperti yang berlaku sekarang ini.

Bayangkan.

Ya, ianya tak akan menyelesaikan apa2 masalah, tapi sekurang2nya kita mendapat hiburan yang lebih berkualiti dengan menonton perangai2 mereka nanti.

Dan tengok tv tak dikenakan cukai hiburan, setakat ini.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Yang Berhormat atau Yang Bangang?”

  1. wargaMalaysia says:

    ….byk reality show di buat so tk salah lah jika penonton ‘Raja Lawak’ yang berkontraskan kabinet @ parliment dgn mimik muka 1001 mcm mjadikan seolah olah ianya iklan selitan masa Buletin TV3..lagi lah berkualiti …. konon nyee nak menegakkan ni lah tu lah, akhir nya YB cucuk sana sini yang lahir dari reality kabinet …

    Islam Hadhari !!! alhamdulillah … tp dapat ke Menghadharikan umat islam sedangkan contoh2 tak npk langsung, Menteri yang berjantinakan Wanita pakai ke tudung o juz nak ampaikan selendang atas bahu je….. ohhhh lupeee,nak npk anggun la tu,anak isteri pun tayang rambut perang,ade juge sanggup sarung rambut palsu sbg pengganti tudung…

    Tk tau la ape nak jadi … yang salah sanggup menggadai maruah tp yang benar ditendang telanjang ….yang tau byk rahsia, direntungkan aje lahhhh ….

    Malaysia Malaysia Malaysia Tanah Air ku

Powered by the people for the people