… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Doktor, tolong jangan jadi Dato’.

aku boleh memilih untuk terus mengkritik gomen tentang program menghantar orang kita ke angkasa. banyak isu yang aku boleh bangkitkan untuk mengondem program ini. daripada menggunakan logik akal, kepada menggunakan logik fakta. perkara pembaziran, ketidaksesuaian, tiada tujuan khusus, propaganda pilihanraya, sehinggalah kepada perkara remeh seperti tak diiktiraf oleh NASA dan timbalbalas Sukhoi.

aku jugak boleh perli DBKL yang tak sensitif dalam menyediakan tv skrin besaq pada malam majlis pelancaran roket ke angkasa malam tadi. kita hantar orang ke bulan, yang di bumi kecewa terkilan. juga buletin utama malam tadi yang terlompat2 salah taip report. atau pembaca berita salah pakai contact lense.

tak ketinggalan jugak aku boleh saja sentuh pasai “suami” kepada timbalan perdana menteri kita yang selamba dog tak mau pakai tudung sedangkan isteri kepada perdana menteri kita menghormati majlis dengan memakai tudung semasa majlis berbuka dan pelancara roket malam tadi.

pendek kata kalau aku nak komplen, nak komen, nak bangkang, nak bantah, nak kutuk, aku boleh saja teruskan. after all, tu yang aku dok buat selama ni. tapi aku memilih untuk tidak berkata apa2 kepada kerajaan dalam isu pelancaran roket dan menghantar orang kita menjadi peserta dalam program angkasalepas Russia ini.

kali ni, aku memilih untuk mengucapkan tahniah kepada gomen kerana berjaya melakukan propaganda yang walaupun agak membodohkan, tetapi sekurang2nya boleh membuatkan seluruh rakyat tanah melayu ini merasa bangga. aku bangga. walaupun terasa dibodohkan, tetapi perasaan tu tak dapat mengatasi kebanggaan aku.

aku bukan bangga sebab gomen mampu hantaq orang kita ke angkasa. itu aku tak pernah bangga. daripada mengelilingi bumi, sampai terjun tiruk kat kutub, aku tak rasa bangga. sebab bagi aku mana2 ali, ah kow, dan ramasami boleh buat kalau bagi duit dan latihan yang secukupnya. jangan kata ke bulan, kalau kena dengan peruntukan dan habuan, ke matahari pun kita bulih. aku jugak bukan bangga sebab orang melayu pertama boleh sampai ke angkasa. sebab ianya hanyalah propaganda mahal gomen dalam memancing undi pilihanraya terdekat untuk mengangakan mulut2 orang kampung supaya melihat gomen sebagai yang bersungguh2 mengangkat martabat melayu.

yang membuatkan aku sangat2 berbangga ialah kata2 ikhlas yang terpacul daripada mulut angkasawan kita dalam temubualnya dengan CNN yang aku tengok malam tadi. sedang CNN dan Amerika sedang rancak mengulas betapa ada orang Islam pertama mampu naik ke angkasa dan berpuasa serta berhari raya kat sana, dr Sheikh Muszaphar Shukor mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan da’wah. aku tatau ramai mana yang tengok, tapi perkara yang diucapkan sangat menyentuh kalbu aku ketika aku bersantai rehat memonteng terawikh malam tadi.

katanya secara ringkas, walaupun dia boleh tidak berpuasa, tapi dia akan berpuasa dan akan berkongsi perkara ini dengan semua orang Islam bila dia dah berjaya balik ke bumi lepas ni. dan dia sangat2 teringin nak cuba berpuasa kat atas sana.

dalam journalnya juga AP memetik tulisannya yang berbunyi “Islam is a way of life, and I am quite sure I would not face much difficulties. (sic)”.

inilah yang membuatkan aku bangga. seorang manusia yang tidak bongkak yang hanya memikirkan tentang misinya dan juga puji2an yang dihambur ke atasnya, tetapi tetap utuh dan berfikir sebagai seorang Muslim. dia dilengkapkan dengan panduan solat di angkasa, dibenarkan untuk tidak berpuasa, dan terpaksa menyambut raya di tempat yang tidak boleh membakar lemang, dan masih seronok untuk bercakap mengenainya.

bukan sekadar melaungkan azan, atau menanam “kiub masa”, tetapi terus mengamalkan ajaran Islam walau di mana dia berada.

dan sekali lagi aku nak habaq, aku terasa sangat bangga sekali!

harapan aku pada dr ialah bila dia balik nanti janganlah dia tiba2 merasa bongkak dan takbur dengan kejayaannya dan terus melupakan agamanya. harapannya dr juga berjaya mengelilingi dunia dari atas sana dan melihat segenap penjuru bumi dan merasai nikmat keagungan ciptaan Allah.

dan kalaupun dr mungkin tak berjaya mengelilingi dunia atas hal2 kerosakan teknikal, harapan kami jugak bila dr balik nanti dr tak malu untuk mengaku diri dr sebagai seorang Islam.

janganlah dr ikut jejak sorang dato’ yang tersadai kat langkawi sekarang ni, baru bulih keliling separuh bumi, nak mengucap syahadah pun dah tak reti.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

4 Responses to “Doktor, tolong jangan jadi Dato’.”

  1. mat kera says:

    ceh! adalah “malang” bagiku terpaksa menyambut kepulangan “Dato” tersebut suatu ketika dulu dari P.Langkawi ke Kuala Perlis dengan arakan bot laju, perahu panjang seberang kola petang itu…paluan gendang bersama beratus gelen minyak diesel kerajaan menggunakan supercard shell/petronas yang dihabiskan menyambut si “Dato” petang itu suatu ketika dulu di K.Perlis, hingga lewat Asar Solat Asar

  2. kuntum menyengat says:

    mat kera…apsal yang ang g buang masa dok sambut dato tu…xdak keja lain ka…

    dia dapat “DATO”

    ang dapat apa?

  3. mat kera says:

    …..apalah nak buat diarahkan ….

  4. khairy says:

    satu pembaziran

Powered by the people for the people