… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Petanda akhir pemerintahan.

kalau kita ingat doulu2 zaman pak lah mula jadi pemain bola sepak tercungap2 menjawab depan tivi betapa dia perlu menghangatkan badan sebelum permainan betul2 bermula, mesti ada yang teringat betapa selepas tu siri persengketaan antara pak lah dan mahadet yang berbalas2 statement menuduh masing2 membenarkan anak beranak mencampuri urusan dan harta benda negara.

mahadet kata paklah bagi kaya anak beranak, bagi menantu perintah negara. paklah kata mahadet lagi teruk, bagi kaya anak branak lebih dari dia.

paihtu dengaq pulak cakap2 belakang bila kes altantuya sibuk dipentaskan dalam mahkamah sekarang ni. ada yang dok babitkan bini si najib pun telibat.

dalam masa yang sama, menantu paklah dok sibuk mengatoq FAM dan myteam nak tunjuk dia bulih buat macam2. WPI pun dia jugak dok jaja rata hala.

kita rakyat bawahan ni dok menganga tengok drama depa dok main. kerajaan anak branak ka hapa yang ada kat tanah melayu ni? kita nak jadi macam temasek ka? biaq anak branak saja jadi perdana menteri?

tapi aku selalunya diam saja. malaih nak komplen kes anak branak jaga hal ehwal negara ni. bagi aku, mungkin dah banyak sangat musuh kot, tu yang tak pecaya pada semua orang. mungkin atas pertimbangan yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat malaya ni, mereka terpaksa menggunakan khidmat anak beranak dalam urusan pemerintahan dan pembahagian harta negara.

sebab tu dari masa ke semasa kita dok dengaq pak2 menteri bagi jaminan bahawa pemerintahan mereka adalah adil dan saksama, pembahagian harta negara adalah mengikut pengagihan yang seadilnya, dan sistem kehakiman kita tidak pernah berat sebelah, malah lebih telus dan meyakinkan.

aku terpaksa setuju. pertamanya, memang betul pemerintahan mereka adalah adil dan saksama. ini terbukti daripada cara pengagihan kuasa yang tidak boleh dinafikan lagi telah diagihkan dengan adil mengikut bangsa masing2. cina dipelopori oleh anak beranak Ong Ka Ting, india dipelopori dan dikawal seadilnya oleh sanak saudara Sami Belu, dan melayu dipastikan paklah anak beranak mengelolakannya. nah, adil. setiap keluarga dapat mengawal bangsa masing2.

keduanya, pembahagian harta negara jugak mengikut pengagihan yang seadilnya. cukup kita ambik Scomi dan Maika. sekali lagi, anak beranak kaum masing2 mendapat bahagian masing2.

ketiganya, sistem kehakiman kita yang telus dan meyakinkan. ini terbukti daripada cara VK Lingam mengatur kedudukan hakim2 taiko di tanah melayu ini. ianya dilakukan dengan pengetahuan pak2 menteri pada masa itu, dan mendapat mandat daripada mereka juga. dan cara begini sangat meyakinkan mereka bahawa sistem keadilan negara di haulan yang dikehendaki mereka.

bukan setakat itu saja, sekarang ni penglibatan isteri2 juga dipaparkan secara gah dan terbuka di dalam tv untuk memberitahu rakyat malaysia bahawa pak2 menteri kita tidak menanggung beban menguruskan negara secara sendirian!

aku merujuk kepada berita tv malam tadi, dipaparkan rosmah dengan gah membacakan teks perasmian kapal selam yang kita baru beli dari rusia. dia jugak kelihatan memecahkan botol ke kapal selam tersebut sebagai tanda perasmian ala2 mat saleh. botol apa, jangan tanya. tapi rasanya orang tak jual sarsaparila ataupun ayaq menet kat rusia sana.

kapal selam scorpine yang dibeli berharga beratus2 juta ringgit, yang menjadi aset terpenting untuk menjaga keselamatan negara, hanya dirasmikan oleh isteri kepada menteri pertahanan??

sebagai salah seorang yang turut melabur dalam pembelian kapal selam tersebut melalui duit cukai aku yang dikutip sebelum aku dapat merasa gaji aku sendiri, ingin aku timbulkan satu persoalan: apakah kriteria rosmah yang sampai begitu power boleh membuat ucapan mewakili kementerian pertahanan, sekaligus merasmikan aset keselamatan negara?

aku tak kisah kalau dia rasmikan bangunan anak yatim, atau pusat kesihatan mental, atau paling kuat pun pelancaran tombol pintu hadhari. tapi merasmikan satu benda sepenting ini? YB kawasan mana dia ni? pegang portfolio apa dalam kementerian? kerja ketua jabatan bahagian mana? apakah negara kita ni dah tadak harga diri dan lansung tak sensitif dalam perkara2 yang macam ni? atau negara kita sebenaqnya dah tak tau nak beza mana yang sensitif mana yang tidak? atau kalau jadi menteri, secara automatik satu isi rumah boleh memerintah?

atau sebenaqnya menteri pertahanan kita sudah tidak mempunyai sistem pertahanan melawan kehendak isterinya?

inilah petanda akhir zaman. harapannya juga ia boleh menjadi petanda akhir pemerintahan.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Petanda akhir pemerintahan.”

  1. paeh says:

    tapi rasanya orang tak jual sarsaparila ataupun ayaq menet kat rusia sana.

Powered by the people for the people