… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

About Us

Ada yang tertanya2 siapa di belakang laman web yang mendapat sambutan dan menerima hits tidak kurang daripada empat orang sehari ini – termasuk dua kali oleh saya, dan dua kali lagi oleh Bot google.

Untuk memudahkan penjelasan, kami akan menjawabnya dalam format F.A.Q.

S : Kenapa pilih nama JahilGoBlog? Kenapa Jahil? Adakah pengendali laman web ini jahil?
J : Kenapa pilih nama UMNO dan menggunakan nama UMNO sedangkan parti itu dikatakan memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan bahasa Melayu? Kenapa tak guna PKMB? Ini merupakan persoalan asas yang masih belum mampu dilihat oleh orang Melayu yang terus2an mengangkat UMNO sebagai jaguh pembela Melayu. UMNO yang sampai sekarang bangga menggunakan pendeknama Inggeris daripada Melayu, bersorak tempik bepuloh tahun menganggap mereka ‘jaguh’ orang Melayu. Dan rakyat Melayu penyokongnya masih lagi tidak dapat melihat ironis ini. Laman web Jahil ini adalah untuk orang2 seperti mereka.

S : Setuju. Sehinggakan di laman web rasmi mereka sendiri – umno-online.com amat susah untuk mencari maksud UMNO dalam bahasa Melayu.
J : Bijak sekali.

S : Zaman reformasi dulu pun pernah wujud laman web jahil ni. Ada ingat?
J : Ya. Tahun 1999 dengan menggunakan url http://jahil.cjb.net dibawah nama Suara Keadilan.

S : Ada arkib jahil.cjb.net yang lalu untuk dijadikan rujukan sejarah? 
J : Ada. Boleh lihat di Internet Wayback Machine, atau di sini.

S : Adakah anda orang yang sama mengendalikan laman web jahil dulu?
J : Tidak. Berbeza dengan pengendali laman web jahil dulu, kami lebih hensem.

S : Perasan.
J : Terima Kasih.

S : Video yang ada di laman web ini semua dirakam oleh anda?
J : Tak. Kami beli dan sesetengahnya disedekahkan (dipinjam dan tak dipulangkan dengan tujuan dihalalkan oleh tuanpunya) dan seterusnya diedit dan diuploadkan ke laman2 web yang membenarkan perkongsian video tanpa had seperti Google dan YouTube.

S : Anda selalu merujuk ‘kami’ bila membuat pengumuman atau menjawab kebanyakan soalan. Berapa ramai yang terlibat dalam laman web ini?
J : Ramai, setakat ini jumlah penyumbang tetap yang menyumbang tulisan dan mengendalikan laman web ini sudah menjangkau kepada angka dua orang. Seorang ialah saya, dan seorang lagi ialah kawan saya yang sampai sekarang tak mula2 menulis lagi.

S : Hampeh punya kawan.
J : Memang pun..

S : Boleh saya salin mana2 artikel di laman web ini dan gunakannya sesuka hati saya?
J : Sangat boleh dan digalakkan asalkan disertakan bersama pautan kembali ke laman web ini.

S : Bagaimana kalau saya ingin menyumbangkan artikel atau apa2 sahaja kepada laman web ini?
J : Anda boleh mengalamatkan apa2 sahaja perkara kepada penghulu@jahilgoblog.net .

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Powered by the people for the people